Bila duduk rumah seorang seorang ni aku mula lah rasa dipandang diperhati kan oleh sesuatu! Waa meremeng bulu roma meyh..bukan meremang bulu roma sebab takut ,tetapi sebab geli! geli sebab yang memerhatikan aku yang sedang kusyuk mengadap laptop ni ialah mata mata semut dan cicak ,haish shuh..shuh...pergi lah main jauh jauh kalian, aku tak selesa lah ,ha...apa yang aku taip ni ==' sumpa merepek dan menjengkelkan (kalau agak menyampah atau tak paham, sila abaikan perenggan ini ,ia hanya lah sekadar mukadimah nak memanjang kan entry)
Tak lama lagi sekolah nak bukak..aku pulak yang excited ikut mak aku borong barang barang baju baju sekolah adik adik aku! lokasi seperti tahun tahun lepas 'mydin' jalan TAR (pilihan termurah, aha)seronok weyh...tetibe teringat zaman sekolah...sangat lah best,bila beli baju baru kasut baru buku baru..mula mula bulan semua nak dijaga rapi ,lepas saje 3bulan berlalu hambik kau, buku tak serupa buku ,kasut pon dah malas nak cuci, selalu nya time sekolah dulu bapak aku akan cuci kan kasut ..tu pun time beliau rajin lah kalau salah time kena bebel berapi rapi oke! Hurm..nak sekolah semulaaaa.......... :(
Time sekolah dulu ,tak saba saba nak habis sekolah..konon konon nya tak saba nak jadi pelajar IPT laa kot, ponteng sekolah kelas bagai sebab dah bosan,memekak kat perhimpunan,mengumpat pengawas,pengetua bagai....tapi bila fikir fikir semula time sekolah lah yang terbaik plus tak stress sangat ,tapi aku jadi kan kes ponteng or apa apa je lah perangai tak senonoh dibuat bersama rakan rakan sebiadapan (hehe,sori bahasa kasar) sebagai sweet memory nok! :)
Sudah lah, kalau nak cerita memory time sekolah dulu memang boleh lawan novel cinta cintun yang beratus ratus muka surat tu tau....sekarang ni pun dah masuk poli ,maka tercipta pula memory yang baru bersama member yang tak kurang sengal nya and now tengah praktikal tak lame lagi habis diploma,kalau ada rezeki sambung ijajah pastu kerja kerja then kahwinn..heee, gedik nak kawen kawen pulak =='
Ha terasa panjang lebar pula aku menaip bukan, tengah ada mood ni thats why lah bukan main lagi jari aku menari nari kat keyboard ni (adoi, ayat cam novel novel lak!) .. Okay okey lah, aku nak iron baju bagai ni..sok nak kerja ,hehehe.....
:: sedap bubur asyura hasil buatan nenek dan emak ku (sowi tak ada gamba)
::thanks kat nenek sebab belanja makan satay sebelum berangkat pulang
::hari ini terasa dipermainkan ,jaga jaga lah wahai 'abang pt' tak nak cek cek komputer anda sudah!
:: minggu yang kurang kerja atau dengan nama lain, tak buzi sangat! hee
mood :: happy