Saturday, January 29, 2011

apa??hanis zalika komen blog aku??


Oke lama sungguh aku tak tinjau-tinjau entry ni, terasa janggal lah pula, hehe ... iza telah tertanya-tanya bila nak update dan doth pula berkata blog aku sudah bosan ...oke aku paham , aku pun bosan bila selak blog aku ni nampak tak menyelerakan boleh??
Actually tiada cerita lah, tak kan nak cerita pasal tempat kerja aku tu hari-hari plus asyik buat perkara yang sama setiap hari,bosan laa jugak ..lau kerja site best kot !
Jadi boleh dikatakan hari-hari kerja aku format laptop dan-dan report l.i aku pun berkisar cerita yang sama saja, huhuhu ....Agak-agak bila lecture nak datang melawat ha?? lecture poli lain sudah datang oke, dan yang paling dasat bos aku lebih senang bercerita tentang dirinya yang ke luar negara seperti london,itali dan apa-apa jelah kat lecture member aku yang datang tu..erm tapi oke jugak tak ada laa dia nak cakap sangat pasal apa yang kami buat kat office ni, hehe ..
Dah lah kat office suara kami je yang memekak, perangai apatah lagi tidak menunjukkan langsung umur 20 tahun, haha ...hey-hey nak tahu cerita hot tak ?? sedang kami duk 'repair-repair' laptop pelanggan kan, lagi-lagi yang pelanggannya lelaki muda lagi dah kahwin ...sedang asyik copy-copy data dorang , aku pun mula menyetan nak tengok gambar-gambar mereka , tak cukup dengan gambar bideo pun aku usha, dan hasilnya..kehkehkhe ....bialah rahsia,kumpul-kumpul sems5 sebarkan *sori, ni semua si setan yang pengaruh aku
Oke kerja kami yang paling dasat ialah usha suami orang yang kacak-kacak tu seperti 'harry potter' setiap hari, dan tempat l.i aku juga terdapat orang seperti hamis zalika, siti nurhalija,sein ruffege, angah rajalawak dan ramai lagi ...black money?? huh bukan musim dorang laa sekarang, aku rasa dorang hanya muncul akhir tahun saja, ku kecewa tahu =='
Lagi satu kat pernec ni ada koop juga, dan yang setiap pagi berkunjung aku ngan scha, mungkin akak tu bermonolog dalam hati 'hari-hari muka budak yang sama' , haha dah terbiasa pergi koop dipoli lah thats why laa jadi kebiasaan oke....dan masa mula-mula dulu setiap jumaat kami akan keluar bersosial waktu rehat, tapi sekarang tidak lagi sebab dah tak tahu lagi mana tempat nak lepak ,boleh dikatakan semua shopin complex berdekatan kami dah pergi so pada jumaat bila ntah, kami buat kerja gila call mekdi delivery hantar kat pernec (aku rasa tak pernah dibuat oleh pekerja-pekerja disitu lagi) orang yang jaga reception dah sengih-sengih siput tengok kami ambil mekdi tersebut ....ahhh tapi tu semua tak penting, yang wat aku nak tercekik laptop ni ialah harga 4biji oblong 1biji beger nak dalam 70lebih kot, perghh kejam sungguh govement tag mekdi....

eka tak perlu lah tunjuk resit tu, aku redha....

oke-oke lah , mahu layan novel pula, novel cinta kot ..sumpa geli...eka lah ni bawak novel comei-comei geram je aku nak baca, haha

:: penglihatan makin kabur , mungkin aku memerlukan kaca mata tebal =='
:: semakin merindui PSIS XD
:: bos yang bau minyak artar tu semakin baik hati, thanks bagi duit dan tasbih
:: hari-hari makan limau, maklum laa nak raya cina ,proses penghadaman pun terbaik hari-hari, kahkah,
:: SELAMAT HARI CAP GOH MEH *err betul ka nyonya??

p/s :: title entry aku tak ada kena mengena ngan hanis zalika lah, saja wat onar..kahkah

mood :: happy