Assalammualaikum semua. Kabare? Agi Idup Agi Mengelabah. *ape aku megomel ni
Iya aku tahu tajuk 'gedik' bukan. Jangan salah paham. Bukan niat nak menunjuk tapi nak memberitahu saja, HAHA. Nak tahu sapa si Datin tu? mestilah Eka dan Nazirah. Aku Dato' oke,HAHA. Oke-oke sebelum kauorang tutup page aku ni akibat menyampah, meh laa tinjau-tinjau kejap post aku ni, sian aku asek update tapi tak da orang nak baca. Yang baca senyap-senyap tu ,awas! anda sedang di skodeng, HAHA. Hurm pemulaan entry yang merapu dah bosan bukan. Oke-oke meh nak cerita, semalam iaitu sabtu bersamaan 26/3/2011, Aku, eka dan 'ahli baru' nazirah ke Jalan TAR. Apa lagi , shopping laa kerja kami. HAHA. Bahagia-bahagia.
Tapi ada cite sedih. Seawal pukul 10.30 bapak aku hantar ke stesen setiawangsa walaupun janji dengan eka kul 11. Bapak aku ikut highway lagilah cepat sampai nya. Akan tatapi, bila aku mahu keluarkan duet dari ATM, aku terlupa yang dompet 'prada' ku tertinggal dirumah. Ohh god! Kalau nak call bapak aku suruh patah balik konpom berdesing telinga kena bebel. Jadi, aku pun mengajak nazirah balik rumah naik taxi semata-mata ambil purse. Huh apakah semua ini jika shopping tanpa duit disisi, Macam mana lah boleh tertinggal adilah! kau sangat alpa!! Lesap rm13 aku!Tup.tup akhirnya pukul 11 jugak sampai stesen LRT, last-last eka yang kena tunggu, HAHA.
Erm sampai masjid jamek, Apa lagi. Syurga membeli belah oke. Mula kan dari Bazar . Stop tengah-tengah pasar then berbincang jalan mana nak pergi dulu, HAHA. Hasil nya sepanjang pasar aku lalui oke, tak tertinggal walau 1/2 pun. Itulah baiknya merancang perjalanan ye kawan-kawan. Tapi baru separuh jalan kita makan dulu. Restoran INSAF menjadi pilihan hasil cadangan Datin Nazirah.

Terletak ditengah-tengah deretan kedai, Hee
Kenyang perut suka hati! Kami pun sambung perjalanan kami dengan mimik muka yang over excited dan nak mintak kaki bangla-bangla yang berpeleseran disitu, HAHA.
Zap.zap.zap.zap. Selesai semua kedai diborong plus ada kedai yang sama 3,4 kali juga la kami keluar masuk.Lagi-lagi kedai shawl-shawl like that!
20k sahaja habis di jalan TAR, dompet-dompet berjenama kami masih tebal isian nya. Membuat kan kami berkira-kira nak pergi karok pula. So lokasi karoke iaitu di wangsa walk.
Aku pun tak pasti apakah sebab aku letak pic siEka ni, Sori u. HAHA
Sumbang suara selama 1jam setengah. Tak cukup oke. Kalau boleh nak duduk satu hari suntuk je. Pekerja tu sampai usir kami keluar sebab kami tak keluar-keluar walaupun masa dah tamat, HAHA. Lalu kami membawa diri ke carefour pula sebab mak Eka kat sana. Then pukul 7 baru mak aku hangkut aku dan nazirah pula.
Puas berjalan tetapi tak puas lagi bershopping. Memang nafsu bahbun betul la.
Thankss Eka dan Nazirah ,kauorang memang tak menghampakan tahu! Lub u.
mood :: happy