Monday, March 14, 2011

Selamat Hari Aku


AMARAN :: Entry kali ini adalah posting 'gedik-gedik' , kepada yang mengalami perasaan menyampah yang kritikal sila berada dibawah bimbingan kaunseling oke.



Seperti diatas, Hari ini adalah hari lahir aku. Dan aku terpaksa menerima yang umur aku menginjak ke 20tahun paham?! Ahh apa ada pada umur, ia hanya nombor semata-mata *nada nyedapkan hati. Adeh aku ni nama je dah tua tapi perangai masih tergedik-gedik lagi *pengakuan live. Macam mana laa member aku sudah beranak pinak sedangkan aku punya perangai pun lebih kurang macam anak dia juga *pengakuan live ke-2. Ahh sudah-sudah lagi banyak aku cakap pasal birthday aku ni lagi banyak pengakuan terlempar.

Tapi yang sangat memilukan hati, ada ke mak aku buat-buat lupa birthday anak dia yang 'solehah' ni. Dia kata birthday aku dah lepas kot. Uhh sentap betul mendengar pengkhabaran tersebut,HAHA.

Hadiah?? mesti la tak banyak. Dah tua ni tak buat pula 'parti liar' jadi hadiah pun tak ada. Sambut pun sorang diri, sedih tak??! Tapi wish ada la 'sikit', tu pun dalam FB je banyak.ceh sewaktu sebelum ada laman so-sial ni bertubi-tubi orang wish kat henset oke *nada riak.
Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak wish sama ada ikhlas ataupun tidak.Aku redha.

Akhir sekali aku menunggu hadiah paling ter'hebat' sekali. Adakah aku dapat benda yang buat aku terbang tak turun-turun itu?? Tunggu... *erk macam filem sudah.

p/s :: Aku rasa tak ada la 'gedik' sangat post ni. dah-dah abaikan AMARAN itu paham!!

:: Thanks wish birthday aku oke, syg kauorang.
:: Thanks Izan, Blog kau buat aku rasa terharu, hihi
:: Cepatlah minggu ni berlalu. Aku sangat stress.
:: Thanks pada sapa yang follow, yang terhendap2 baca tapi tak follow tu, saya tak kesah,saya tahu anda seorang pemalu. HAHA

mood :: stress