Berikut adalah perkara2 yang sering berlaku dihadapan mata kita..Cara tidak betul dalam pengamalan menutup aurat:-
1.Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2.Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.
3.Bertudung - tetapi tudungnya singkat, atas paras dada menampakkan bonjolan buah dada
4.Bertudung tetapi baju kebarungnya atau kebaya terbelah kainnya.
5.Bertudung tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk badan
6.Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
7.Bertudung tetapi Kemeja pun singkat dan ketat, kain kemeja itu tidak pun menutup atau dilabuhkan sehingga
menutup bahagian kemaluan depan atau belakang seluar.(kalaulah zip seluar terbuka mesti dapat diketahui oleh orang)
8.Bertudung tetapi Berbaju T-Shirt dan berlengan pendek menampakkan lengan dan sikunya yang sesetengahnya lengan berbulu.
9.Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
10.Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
11.Bertudung tetapi ber seluar jeans,cukup ramai wanita memakai seluar jeans sekalipun ianya ketat, menampakkan bentuk tubuh badan, dan mengikut shape potongan kaki.
12.Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung
13.Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
14.Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
15.Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.
:: mostly aku tersentap ~.~
:: Berubah? mampu ke ? Takot tak sempat berubah T___T