Sunday, October 28, 2012

Away to Damansara

Assalammualaikum.

Salam Aidiladha ( :

Ok pending sekejap, aku ambil masa lebih 5 minit nak mula menaip ni. Macam nak karang cerpen je gaya nya! Haha.

Erm pending lagi! watahek T.T
Oke la hari sabtu. hari yang indah. aku bersama dua orang lagi rakan nak test try makan meatball kat Ikea. First time pergi, memandu berlandaskan gps dan signboard. Alhamdulillah selamat sampai, yay aku dah teror jalan jalan sekitar damansara =.=

Lumrah zaman kini.. sebelum makan mesti tangkap gambar dulu. Ia aku sangat tepat kerana perkara yang sama dilakukan oleh manusia di meja sebelah kami. Tapi dia pakai dslr i pakai nokia dan i sangat bangga dengan nokia i, sobs!

Kepada yang tak pernah rasa tu pergi lah rasa, sebab cita rasa setiap umat berbeza. Bila aku cakap tak sedap ,orang lain cakap sedap. Deria rasa itu subjektif! *memandai je aku*

Lepas makan, kami menyusur keluar dari Ikea lalu manuju ke The Curve. Hmm sekadar cuti mata, lepas tu kiteorang berurut kat kerusi mesin urut. Perghh damai, mata mula lah kuyu.
Tempat wajib aku iaitu book shop! Ceh sejak bila jadi tempat wajib entah laa, macam salah tempat je aku. Haha. Ni semua gara gara nak beli ni............

Buku fixi ni dah lama aku aim. Ni pun nasib, tinggal 2 buah je. terkocoh kocoh aku grab satu, padahal tak orang nak merebut pun dengan aku time tu, hmm.

Oke puas jalan cuci mata, balik laa hujan lebat sesangat. aku yang tak tahu jalan pulang main redah je atas dorongan rakan lain ala kalau sesat pun still dalam Malaysia kan dan aku memang selalu sesat walaupun sejak azali lagi duduk Kuala yang berlumpur ni, Alhamdulillah sampai juga rumah memasing! haha

Malam pula, kitaorang keluar pergi uptown. Yela kat curve macam tak mampu je bagi pelajar macam mereka penganggur macam aku haha. Uptown baru lah havan price! Ehe

Apa apa pun dapat la lepas rindu kat dorang dan keadaan sangat pelik sebab kiteorang keluar tanpa karok! Sebenarnya hampir hampir dah nak cuci kerongkong memasing tapi atas sebab tertentu, hasrat itu terbatal dan memasing kecewa. Haha

Kbai