Friday, March 4, 2011

Bertukar kepada p1 wimax


Tadaa....
Ha hambik kau pixca besar gedabak aku beri!
Sebelum ni memang aku pakai p1max tapi yang hanya sorang saja boleh guna, tup-tup aku balik keje dengan buat-buat terperanjatnya aku tanya mak aku "nak pasang internet lagi satu kah??"
Rupa-rupanya tidak, jiran aku bagi yang edisi wireless punya (seperti gambar diatas). So boleh la komputer desktop aku lagi satu ni dapat line internet *makin lembab ahh kalau kongsi-kongsi line ni. Tapi modem ni akan tetap dalam bilik aku saja ok, agak-agak aku rasa kedekut nak kongsi line time tu, aku cuma cabut benda kecik warna hitam yang ala-ala brodband tu,pasang cabel putih, dan aku boleh la pakai sendirian ,HAHA.
Bentuk, berat still sama cuma yang ni banyak lubang kat belakang modem ni, and still kena pasang current.bayaran sama juga kot *kalau tak ,tak mungkin mak aku rela tukar yang ni.HAHA
Kepada siapa-siapa yang pakai modem p1max ni, cara nak lajukan line ialah dengan cara letak modem ni dekat dengan tingkap. Sure laju, tak percaya cubalah sendiri bahbun. Kalau tak laju jugak, kau tak bayar bulan-bulan laa tu *terpedas pula.
Apa-apa pun p1max ni tak lah selaju streamyx ,tapi boleh laa bagi memuaskan nafsu beronline.

:: Oke, aku macam sangat promosi p1max =='
:: Hari ni sangat langkah kanan, barokah hari jumaat.
Sekian.

mood :: Happy