Wednesday, March 2, 2011

Kaki Kaki Tough

Assalammualaikum w.t.b

Pertama tama kali, aku nak bersimpati kat adik aku sebab hantar aku kerja sampai patah jari dan putus urat jari ,bagaimana pun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Tapi-tapi dia dah baik-baik sekarang dan menjadi trauma untuk hantar ambil aku lagi, oke-oke aku akur itu.

Berbalik pada tajuk .Kaki sapa yang tough?? bukan kaki jaebom tetapi kaki aku , inaz dan eka. Betis menjadi keras dan berotot, pasti mengugat selera .wakaka *mengarut adila.
26/2 .Kami dah sebulat suara nak round jalan TAR setelah beberapa minggu terbantut. Tanpa berlengah, kitaorang naik tren dari ampang ke bandaraya. Round-round sogo yang tak ada sale tu kecuali barang-barang lelaki je sale, ceh bosan betul! Then pergi ke jalan TAR ,pusing satu pasar sampai petang last-last cuma beli sepasang kain baju kurung *buat peluh ketiak saja.Mamat dua orang tu pun dah tak berstamina nak ikut kami,akhirnya dorang balik kerumah untuk tidur.


Destinasi pertama : sogo


Dari TAR ke PAVI, jalan kaki agak jauh setelah berLRT

Perangai gila, kami masuk sogo balik cuci mata, HAHA. macam sengal saja .Eka kemurungan sebab kasut ginie beliau tak ketemui, jadi kami pun pergi ke sungai wang dan akhirnya eka jumpa kasut idaman. Bosan disungai wang kami pergi Pavilion, sangat ramai orang walaupun tak ada sale.Niat hati nak karok saja, tapi red box sangat mahal apabila petang,wayang pula cite yang akan buat aku tertido nanti. Oh aku sangat bosan di pavi memandang kan disitu bukan tempat bersosial aku, aku hanya bersosial di giant supermarket sahaja. Aku mengajak mereka ke TS sahaja, last-last bershoping diTS sampai pukul 10.00 malam.Kaki sangat menderita ,tapi aku sangat gembira, lain kali keluar lagi oke! *skema adila


Bukan bershoping diPAvi tapi sanaman kaki tahu!
Sory eka XD


Sebelum balik , isi perut dulu. Tempat makan ni memang best. Layanan tiptop dari abang kacak , kahkah.

:: Naik monorel yang ramai gila bahbun. Rasa nak maut je berdiri bahagian lekukan .
:: Tujuan shoping sebenar di jalan TAR, last-last TS jugak banyak . HAHA
:: Berpeluh-peluh dan tapak kaki semakin terhakis.
:: Adila sudah sikit duit, bila elaun nak masuk-masuk ni.

mood :: bankrap