Wednesday, July 4, 2012

Assalamualaikum sekalian.

Alhamdulillah sudah masuk bulan July. Bulan kegemaran aku. semoga bulan ini dan bulan bulan yang mendatang adalah lebih baik dari sebelumnya.

Entry lama tak update, dan seperti biasa aku hampir hampir lupa password blog ni. Tergendala sebentar ayat aku sebab mak panggil tolong blusherkan *sapu kuning telur* kat tart nanas. Maklum lah nak nak raya orang nak rasa sample dulu so kena lah buat bagi rasa pada yang tak pernah tempah tu.
Ayoo puasa belum lagi dah sibuk nak raya. ni lah manusia lagi lagi kaum hawa. haha. Ganti puasa dah ke belum kakak? makcik? adik ? (:

Sekarang ni bulan sya'ban dan beberapa hari lagi tiba lah bulan ramadhan. Sebenarnya bukan masa bulan syaban dan ramdhan je kita banyakkan ibadah bulan lain lain pun kita kena pertingkatkan dan perbanyakkan ibadah juga kerana mati tidak kira bila.

Aku ada terbaca satu tweet dari Ustaz Azhar Idrus yang ber'tweet' begini 'Selepas maghrib hari ini  (4 July 2012), bermulalah buku catatan kita yang baru dan yang lama akan diangkat ke langit oleh malaikat'.

Ya Allah semoga buku kitab amalan kita yang baru ini lebih banyak kebaikkanya. Bila baca tweet tu aku rasa berdebar pun ada. sesungguhnya aku masih manusia jahil yang banyak dosa dan kesilapan.

: : Tempat yang terbaik untuk mengadu adalah pada yang Maha Esa.

wasalam ~

mood : masih lagi tanam anggur