Wednesday, February 20, 2013

Assalammualaikum.

Lama jugak tak update blog ye dak? Gua busy beb gua busy citenyee.
Sekarang pun masih busy tapi nak jugak update, kang orang ingat blog aku dah terkubur pulak kan. Walaupun hampir nak lupa password dah, ni pun main tekan-tekan password nasib baik betul! *phew*

Haa nak tahu tempat makan best tak? Erk sekian lama 'hilang' tetiba update pasal tempat makan pulak kan. Hahaha....

Kauorang suka makan apa?? Aku suka makan... erm sebenarnya aku tak suka makan tapi aku suka tidur kahkahkah, buruk benau perangai. Ni aku kongsi tempat yang aku pernah try laa dan rasanya not bad at all wakaka. k

Erm kalau kauorang suka makan burger meseti lah ni tempatnya

Haa nampak tak? nampak tak? betapa ramai nye manusia-manusia kelaparan. Lokasi dekat Seksyen 2 Wangsa Maju. 

Ni pulak bagi yang suka makan char kuey tiaw

Laa patutnya aku bagi gambar tempat bukan gambar makanan ==' Ala yang duduk area KL mesti tahu Danau Kota kan? Tempat dia dekat dengan Uptown Danau Kota 'Mali Corner' nama restoran diberi, woah gua lapar ,gua betul-betul lapar tengok gambar gambar ni T.T

Bagi yang berselera jowo pulak meh laa try 'Wong Solo'. Search saja google lokasi dia sebab dia banyak cawangan kot.

Nasi Ayam penyet. Not bad tapi cili dia pedas giloss bikin meleleh air mata haha.

Sapa suka steamboat? Aku suka tapi aku suka yang ada bbq sekali. Kalau setakat steamboat je maaf gua tak layan agagaga. Entry aku sebelum ni dah ada cite pasal steamboat , rajin2 laa selak balik ye. kalau kaurang nak yang ada bbq sekali, steamboat kuang atau shah alam adalah pilihan terbaik (:

Sekali sekala pekena Satay pun cara gak ye dok?
Tempat kegemaran aku dan famly kat Au5 Lembah keramat 'Satay Melaka' . Ala dekat 'bumbung biru' sapa duduk area situ pasti tahu bukan (:

Harga agak mahal laa 1cucuk rm0.90 kot tapi sedap laa dari satay kajang. Ini pendapat aku, lain orang lain cita rasa (:

Kalau nak lunch nasi berlauk kan aku prefer yang kat Jalan Kuching tu. Memang macam-macam aneka lauk,  dan yang penting harga dia mampu milik. Haa kau mampu milik jadahnye ==' tapi aku selalu amik ayam bakar dengan sambal belacan je hahaha. Maaf nama kedai tak tahu laa, selalu pergi tapi datang-datang terus makan wakakaka.

Restoran mamak toksah cite laa kan, orang gemar lepak-lepak restoran mamak tapi order air kosong je kan? haha. Erm aku jarang makan kedai mamak, daripada makan mamak masak baik aku makan mak aku masak. haha tapi-tapi aku dah tergilakan ini! jeng..jeng..jengggg

Si tosai rawa. Murah tak sampai Rm3 pun. Oke laa dari tosai biasa, ni dia ada sayuran gitu, lazat. Ni sume angkara ex-bos aku ajar makan benda alah ni, sekali cuba pasti teruja Hahaha

Dah lah next time aku update lagi tempat makan atau makanan best-best oke. Syok juga cite pasal makanan ni buat kita rasa gembira walaupun tengah stress. Daa