Sunday, June 10, 2012

HidupDiPerlis Part1

Assalamualaikum!!

Yay, Alhamdulillah kita bersua kembali dalam blog ini setelah hampir sebulan adele (namabarusiperasan) menyepikan diri. Bukan nak lari lari sorok sorok macam aku selalu lakukan time paparazi kejar aku tu tapi sebab seperti sedia maklum, aku p poli perlis sana untuk amik kursus Network Security Speacialist dan Network Security Administrator naa, hee.

Oryte perjalan bermula dari PSIS pada 14Mei2012 jam 9 pagi lebih kurang. Singgah sana singgah sini tuptup pukul 6lebih kot baru sampai PTSS. Setibanya disana "Uwaa besaq nyaa poli depa, egat kan PSIS tu dah cukup besaq dah" hambik kau, bertangga tangga nak menapak pergi ke kelas nun.

Baru sampai (:


Tuu dia tangga menuju kejayaan. Ni tak campur lagi dengan tangga asrama dan beberapa tangga untuk ke lab, Pheww =.='

Lepas daftar semua, yay dapat asrama tingkat 4! berkicap lah masing masing angkut beg naik atas sana. Maaf cakap, asrama dia tak bagus macam asrama poli kiteorang.seyes! Bila duduk dekat tempat orang baru nak rasa bersyukur dan pujian tetiba melambung kat PSIS sana, haha. 

Keesokkan harinya kelas pun bermula tapi kelas softsill. Bebudak yang ambil kursus ni ramai so kelas dibahagikan kepada dua, tapi time kelas softskill ni kami bergabung meletop ahh. Kelas ini dikendalikan oleh Mr.Pong, beliau sangat bersemangat orangnya, bila tengok student layu je dia buat aktiviti kecerdasan. Walaupun kelas ni hanya berlangsung 2hari je tapi aku rasa macam berhari hari sebab dalam kelas ni semua kena confident cakap kat depan sensorang, presentation lepastu berkumpulan dengan orang yang kita tak kenal, i mean budak kelas lain. Tapi oke gak lepas kelas softskill ni masing masing dah confident kecuali aku tetap sama pemalu dan pendiam! wakaka.

Keesokka hari lepas berakhirnya kelas softskill , aku dan kawan kawan jenjalan kat sekitar arau .boleh dikatakan asal sabtu ahad je mesti kami kelaur memana, duduk asrama bosan tahu. 

Yay, Kepsi. siapa punya lah ni macam ikan piranah balun ayam ni, hakhak

Dekat jeti Perlis :D

Jalan sana jalan sini, lepas tu lebih masa nak masuk poli. kat pagar pakguard kiteorang kena tahan. dia minta tulis nama dalam buku kesalahan, dan nama aku untuk kesalahan pertama ni ialah nuradilah binti saidina mustafa *wootwoot*. Ampun pakcik guard, saya rasa pakcik tak perlukan pun nama sebenar saya, Peace!

Oke to be continue......

mood : Happy